Assalamualaikum dan selamat pagi.
Pagi-pagi mesti nak cari yang simple-simple supaya mudah kerja. Lagipun banyak kerja dok menunggu sepanjang hari. Jadi sebelum mulakan tugasan lain jom kita minuuuummm dulu dengan cek mek molek ni, resepi ni kaknoor intai dari blog AZIE, yang memang original kelantanese. Sesekali mencuba resepi dari negeri orang memang sedap. Lagipun mudah sangat resepi ni.
Thanks Azie kaknoor copy paste resepi Azie letak kat blog kaknoor ya..
Kuih Cek Mek Molek
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan
Ubi keledek oren
Tepung gandum
Sedikit gula
Cara cara:
Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan.
Ubi yang telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Agak agak lah kelembutan adunannya. Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras.
Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur.
Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng.
Angkat bila kekuningan. Awas gula panas, jadi berhati hati jika makan kuih cek mek molek semasa panas panas.
Alhamdulillah dah kenyang dengan cik mek molek ni, harap-harap molek lah macam cek mek molek ni kan walaupun dah tak semolek dulu-dulu hahaha, perasan sungguhhh orang ni kan..
Habuk pun tarak lah...