Quantcast
Channel: Dapur Kak Noor
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1108

Nasi Kerabu Azie Kelantan Yang Menyelerakan

$
0
0


ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi untuk semua adik2 blogger semua, semoga semua nya sihat walafiat disamping apa jua tugasan kita.
SEBENARNYA nasi kerabu ni dah seminggu lebih kot kak Noor buat tapi disebabkan kesibukan dan tuntutan masa jadi tak dapat nak mengupdate kan resepi ni, pagi ni agak santai, dapatlah menulis sikit, nasi ni sebenarnya emergency akak buat sebab mak labu kat rumah ni teringin nak makan, kesian jugak kan, semua bahan2 90% dah ada jadi bersilat lah pagi dua tiga jam jugak sebab semua nya buat masa tu jugak hahaaa, sampai ber faluh2 membuat nasi ni tapi berbaloiii sangat, sebab mak labu kata SEDAP SEDAP SEDAP  hahaaa oklah tu dah lepas tanggungjawab akak, dan tak kurang jugak si tukang masak pun bertambah2 jugak makan nya.

NASI KERABU  ni akak intai dari blog AZIE KITCHEN rasa nya DARI DAPUR MADIHAAjugak dah mencuba resepi ni memang lazat dan sedap, jadi untuk kedua2 blogger ni izinkan kak noor letakan resepi anda di blog kak noor jugak ya untuk rujukan anak di masa ketiadaan kita nanti, sebab masa ni memang anak2 malas nak buat sebab tersangat banyak songeh nya, tapi berbaloii " kesongehan" nasi kerabu ni sedap lazat menyelerakan dan semua yang indah2 ada pada nasi kerabu ni.





Nasi Kerabu Kelantan

Nasi
Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.

Di rumah kak Noor tersangat banyak bunga telang tu maka nya hampir 20 kuntum bunga telang jadi sasaran untuk nasi kerabu ni.

Kuah Tumis
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula 
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 

Mula nya teragak2 jugak nak masukan budu dalam kuah tumis ni sebab sebelum ni akak belum pernah makan, tapi budu memang standbye beli lagipun dah terjumpa kat supermarket, rhope nye sedap budu ni aduiii dah terlambat umur dah lima series baru nak merasa budu rogi besor tu kan adik2 akak semua...


 
Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Kuah tumis kak noor agak kureng naik minyak sebab 2,3 jam berkuntau kat dapur memang tak sempat nak naik minyak kan...


Sambal Kelapa
1 Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula

Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.

Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.





Ulam ulaman
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh

Hiris halus kesemua ulam ulaman.


Sambal Cili
Cili padi
Cuka
Garam
Gula 


Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis. 

Lauk pauk
Telur masin takde stok la pulak tapi rasa nya dah meriah jugak tu...
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar daging masih beku malas dah proses
Daging goreng atau ayam goreng hanya ikan rebus goreng je
Keropok atau keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk pun takde
Atau apa apa jer yang disukai


Cara Menghidang
Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.

Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.

Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.



Resepi Solok Lada ni akak sekodeng di blog AMIE 'S LITTLE KITCHEN thanks Amie ya, tapi akak guna capsicum sebab hanya itu yang ada stok kat rumah, izinkan akak letak resepi kat blog akak jugak dah harap halal kan  heee :)

Solok Lada
Bahan-bahan:
10 biji lada hijau (kalau tak ada hijau, merah pun boleh) - belah dan buang biji 
1 cawan kelapa parut putih
4 biji bawang merah
1.5 cm halia
sedikit lada hitam
2 ekor ikan kembung saiz besar - ambil isi sahaja
sedikit garam / gula / perasa pilihan

Cara:
1. Tumbuk bawang, lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
2. Campurkan dengan kelapa parut dan sebatikan.

3. Sumbatkan ke dalam lada. 
4. Kukus hingga masak.




Siapa yang belum mencuba nasi kerabu ni teramat lah rugi nya tau, rajinkan diri, untuk lebih santai kita kena buat sedikit demi sedikit, sehari lebih awal lebih mudah, jadi tak lah jadi lipas kudong seharian kat dapur 
MENGERJAKAN
Nasi Kerabu ni...

SELAMAT MENJAMU MATA WAHAI ADIK2 AKAK SEKELIAN.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1108

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Inspirational Quotes For you and Motivates you


Inggit Quotes and Taray Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.5.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Knock knock jokes


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.8.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>